Saturday, January 17, 2009

DATUK MASIDI MANJUN : SOKONGAN SIARAN TV DALAM PELBAGAI BAHASA TEMPATAN DI RTM DARI PEMIMPIN DUSUN (RANAU)








Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan Datuk Masidi Manjun, Menteri Perlancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di pejabat beliau. Datuk Masidi telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM.

Beliau bercakap di sidang media bersama persatuan dengan pemberita RTM, Kota Kinabalu. Datuk Masidi berharap pihak RTM boleh memberi peluang kepada anak-anak Sabah untuk berkarya di RTM dalam program hiburan, drama dan dokumentari dalam pelbagai bahasa tempatan iaitu Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau. Beliau meminta kalau boleh slot drama bersiri Korea, Jepun atau Amerika Latin di RTM, dikurangkan dan memberi peluang kepada para penggiat seni di Sabah untuk berkarya. Sabah juga mempunyai cerita-cerita yang menarik untuk dipaparkan di kaca tv dalam bentuk drama, dokumentari atau rancangan hiburan. Dengan adanya paparan ini, ianya akan meningkatkan integrasi kaum nasional. Berita RTM ini telah disiarkan di TV1 pada pukul 8.30 malam di WILAYAH@ 1 pada 14hb Januari 2009.




1 comment: