Tuesday, January 27, 2009
Sunday, January 25, 2009
YB DONALD PETER MOJUNTIN : SOKONGAN SIARAN TV DALAM PELBAGAI BAHASA TEMPATAN DI RTM DARI PEMIMPIN KADAZAN (PENAMPANG)
Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan YB Donald Peter Mojuntin, Ahli Undangan Negeri Sabah (ADUN) Penampang di pejabat beliau. YB Donald telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM. Rakyat Sabah diseru untuk menyokong dalam kempen tandatangan sokongan siaran tv dalam bahasa Kadazan, Dusun, Murut & Bajau di RTM yang akan berjalan sepanjang tahun 2009. Sasaran kempen ini 1 juta lebih tandatangan rakyat Sabah. Semua rakyat Sabah terutamanya bumiputera perlu tahu sejarah penubuhan Tv Malaysia Sabah sehingga dihentikan siarannya kerana kepentingan politik, kelemahan dan kesalahan pemimpin yang lalu. Sabah Boleh.
DATUK MADIUS TANGAU : SOKONGAN SIARAN TV DALAM PELBAGAI BAHASA TEMPATAN DI RTM DARI PEMIMPIN DUSUN
Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan Datuk Madius Tangau, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) di pejabat beliau. Datuk Madius telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM yang selama ini karyawan dan artis tempatan bumiputera Sabah iaitu Kadazan, Dusun, Murut & Bajau terpinggir daripada peluang berkarya dan muncul di kaca tv stesen kerajaan.
Saturday, January 17, 2009
DATUK MASIDI MANJUN : SOKONGAN SIARAN TV DALAM PELBAGAI BAHASA TEMPATAN DI RTM DARI PEMIMPIN DUSUN (RANAU)
Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan Datuk Masidi Manjun, Menteri Perlancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di pejabat beliau. Datuk Masidi telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM.
Beliau bercakap di sidang media bersama persatuan dengan pemberita RTM, Kota Kinabalu. Datuk Masidi berharap pihak RTM boleh memberi peluang kepada anak-anak Sabah untuk berkarya di RTM dalam program hiburan, drama dan dokumentari dalam pelbagai bahasa tempatan iaitu Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau. Beliau meminta kalau boleh slot drama bersiri Korea, Jepun atau Amerika Latin di RTM, dikurangkan dan memberi peluang kepada para penggiat seni di Sabah untuk berkarya.