Sunday, January 25, 2009

YB DONALD PETER MOJUNTIN : SOKONGAN SIARAN TV DALAM PELBAGAI BAHASA TEMPATAN DI RTM DARI PEMIMPIN KADAZAN (PENAMPANG)




Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan YB Donald Peter Mojuntin, Ahli Undangan Negeri Sabah (ADUN) Penampang di pejabat beliau. YB Donald telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM. Rakyat Sabah diseru untuk menyokong dalam kempen tandatangan sokongan siaran tv dalam bahasa Kadazan, Dusun, Murut & Bajau di RTM yang akan berjalan sepanjang tahun 2009. Sasaran kempen ini 1 juta lebih tandatangan rakyat Sabah. Semua rakyat Sabah terutamanya bumiputera perlu tahu sejarah penubuhan Tv Malaysia Sabah sehingga dihentikan siarannya kerana kepentingan politik, kelemahan dan kesalahan pemimpin yang lalu. Sabah Boleh.

1 comment: